Tuesday 24 September 2013

KASIH SAYANG

Selamat pagi, ceriakan hari ini dengan senyuman.
Kasih Sayang sesuatu yang penting dalam hidup. Terutama anak-anak kecil sangat perlukan kasih sayang dari ibu bapa. Kasih sayang yang cukup mampu memberi keyakinan diri pada anak-anak. Apa yang lebih penting, jadilah kawan kepada anak-anak kita.

Itu lah yang saya cuba lakukan kepada anak yang sedang membesar, Noor Amni Safiya. Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dari abah dan ummi.

Anak adalah amanah dan anugerah dariNya. Anak akan menjadi harta dunia akhirat. Tak boleh dijual beli. bukan senang untuk mendapat anak kan? Sembilan bulan dalam kandungan, dah tu nak membesarkan anak penuh dugaan.

Syukur kerana diberi kekuatan dan rezki untuk menyusukan anak (bf) sehingga umur 2tahun 3 bulan. Bukan semua mampu untuk Bf. Semua perlu pengorbanan, tidur yang tak nyeyak, masa pam kena konsisten. Tapi fikir lah untuk jangka masa panjang. Kasih sayang antara ibu dan anak yang berpanjangan, kesihatan anak yang lebih +ve, anak yang bijak dan banyak lagi kelebihan bf.. Alhamdullillah :)

Untuk anak akan datang saya berharap diberi kekuatan untuk full bf. InsyaALLAH. Moga dimudahkan.

Berbalik kepada topik kasih sayang. Anak yang cukup kasih sayang dari ibubapa akan menjadikan ibubapa sebagai model, tempat mengadu (kawan baik), lebih +ve dalam hidup dan yang penting akan sentiasa ceria :)..

Ajar lah anak dengan perkataan yang lembut dan +ve. Contohnya " Selamat pagi, sayang." ," Ummi sayang adik.", "Sayang dah makan?". Semua yang keluar dari mulut ibubapa adalah pendidikan awal yang amat penting. Kesannya anak akan lembut hati. Seronok bila anak kita lak yang ucapkan pada kita. Hehehe, itulah yang saya alami bila anak dah pandai bercakap. Anak yang akan berikan ucapan sama. "Adik sayang umi abah", bila nak kejut umi bangun lak dia boleh cakap "sayang bangun".. Sweettt je anak umi yang petah bercakap di usia 2 tahun 5 bulan. 

i love you adik :)

Thursday 12 September 2013

Tommee Tippee Tip It Up Flip Top 18m+ Bottle

selamat sejahtera,
ni botol adik paling suka. selamat dan yang penting tidak tumpah. kalau ada yang berminat boleh buat tempahan dengan saya ya. harga rm 28 termasuk pos. ada tiga warna (merah, biru dan unggu).

 botol ni dari uk. so dia free BPA.


Sayang adik..

selamat pagi semua,
hari ni amni macam biasa, susah nak ke rumah pengasuh. sabar ye dik. lagi 2 minggu umi jaga kat umah. mudahan bila duduk kat rumah dengan umi adik tak meragam. umi boleh jahit baju banyak sikit.
harap umi pun kuat, Ya ALLAH kurangkan alahan hambamu ini. umi kena kuat kan, untuk baby :)
apa pun betul kata orang, rezki bukan pada harta atau wang ringgit. kesihatan yang baik juga adalah rezeki.
Noor Amni Safiya pun rezki umi dan abah sayang. petah bercakap, bijak tackle umi dan abah, moga jadi anak solehah. jadi harta dunia akhirat/saham akhirat umi abah yer.. AMIN.




Monday 9 September 2013

Alhamdullillah:)

Selamat pagi, mulakan pagi dengan senyuman.
dah lama xupdate blog, gara-gara lupa cara..sibuk sngt..
Nak update sikit pasal perkembagan hidup..huhuuuu.bisness jahitan alhamdullilah, masih aktif.rezki la katakan..tp tak dpt nak fokus sbb alahan..alahan pun rezki gak. tahun depan bulan febuari 2014 dpt la tambah ahli keluarga kami :)
nanti anak umi dapat kawan baru :)