Tuesday 19 June 2012

My Leap House

Kepada kawan-kawan yang sudi lawat blog ini,sudilah untuk klik http://myleaphouse.blogspot.com/.
Blog ini menjual barangan baru dan terpakai dari Leap Frog. Pelbagai pilihan permainan ilmiah ditawarkan di sini dengan harga yang murah dan mampu dimiliki. Juga menjual barangan keperluan dari jenama Avent, Tomme Tippe, Vtech dan buku terpakai untuk ibubapa. Jemput singgah dan pilih yang berkenan :)

Friday 20 April 2012

Jom Membaca

salam sabtu semua..
membaca jambatan ilmu..jom sama-sama kita ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 pada 26 April-6 Mei 2012 bertempat di PWTC.

Thursday 19 April 2012

Jom...

salam..
beberapa bulan je lagi nak sambut raye..mesti kaum hawa terutamanya dah fikir tema raye kan??eeerm,apa pun semoga semua persiapan awal lancar.
ruang ini saya ingin promosi kepada sesiapa yang berminat menempah baju kurung.baju siap dalam tempoh 2 minggu..sesiapa yang berada sekitar putrajaya atau seri kembangan boleh direct hantar kepada saya.yang selain putrajaya or seri kembangan boleh la pos sampel baju yang selesa pakai sebagai ukuran..yang berminat boleh hubungi saya 019-9158184...
jangan lambat,nanti dah cukup kuota tempahan tidak diterima..

Monday 16 April 2012

Bila Adik Berbaju Kurung =)

salam semua..
hari ini saya ingin berkongsi gelagat putri kami yang berbaju kurung..seronok bila dapat buat baju kurung untuk adik pakai..lebih sopan kan??jom tengok gambar gelagat noor amni safiya yang comey =)
seronok naik kereta.. :)

adik memang tak boleh duduk diam..

ada aje aksi yer dik..

comel bila adik berbaju kurung...hehheee


melentur buluh biar dari rebungnya..semoga adik jadi anak solehah..Amin...

Monday 9 April 2012

kehidupan Hari ini :)

salam pagi...
hari ini cerita diteruskan lagi dengan perubahan hidup saya..erm,sekarang susah sangat mencari kerja..tambahan bila dah ada komitmen dengan keluarga..tapi ia tak menjadi penghalang untuk saya melangkah..dengan bantuan my hubby yang kerap menyokong dari belakang..akhir tahun lepas dalam bulan Disember, saya mengambil keputusan untuk tambah kemahiran..saya minat pada jahitan..tapi masalahnya susah lak cari tempat untuk belajar..yang ada pun mahal kan??
tapi bila kita sungguh-sungguh, ALLAH Maha Mendengar..ALLAH tahu apa yang hambaNYA perlu..Alhamdullillah,urusan saya mendapatkan seorang cikgu jahitan dipermudahkan..saya belajar menjahit..akhirnya saya dapat menjahit baju sendiri..yang lebih best,baju si kecil pun saya jahit sendiri..:)
usha saya mendapat sokongan my hubby.. ada masa saya akan upload gambar bilik jahitan yer..sekarang saya sudah berani menerima tempahan baju kurung tridisional dan riau..harga RM40 sahaja..sekarang tempahan baju mahal kan?kawasan rumah saya range RM45-RM50 untuk kurung biasa or riau...

Wednesday 4 April 2012

kos melepas..

salam pagi...
hari ni ingin berkongsi tentang kos melepas..dalam kehidupan kita sebagai manusia,setiap masa kita akan membuat keputusan...kita perlu membuat pilihan..
selepas tamat pengajian (bacelor pengurusan perniagaan),saya terpaksa membuat keputusan yang sangat besar...antara kerjaya dan perkongsian hidup..setelah di tambah tolak,saya mengambil keputusan menamatkan zaman single bersama jejaka yang 5tahun saya kenal..
dikala kawan-kawan sibuk mengejar kerjaya mencari kerja,saya bergelar isteri..cukup mencabar..al maklum la terpaksa bergantung sepenuhnya pada insan bergelar suami..kebetulan rezki kami dikurniakan cahaya mata pada tahun pertama perkahwinan kami..lagi la bertambah cabaran hidup saya apabila status isteri bertambah kepada status UMMI..heheheee..
sesungguhnya saya tetap bersyukur..ini kerana tidak semua yang berkesempatan memiliki status isteri dan ibu...
apa kaitan dengan tajuk kos melepas yer??sebenarnya kos melepas yang saya maksudkan ialah saya terpaksa lepaskan peluang melangkah mencari kerjaya setimpal dengan kelulusan saya...sudah lumrah kehidupan kita tidak akan dapat capai impian serentak dalam masa yang singkat..

Cahaya mata kami- Noor Amni Safiya Binti Saufi :)

Tuesday 3 April 2012

Salam pagi...
Pejam celik, sudah bulan april..cepat betul masa berpusing..apa pun sepatut bulan ni saya sudah mula menjaga anak di rumah.tapi sebab ada lagi beberapa urusan yang masih belum selesai adik terpaksa tinggal dengan pengaasuh untuk sebulan..mudahan niat menjaga adik dapat terlaksana bulan depan.. adik makin bijak..tidak semua ibu yang berkesempatan melihat anak membesar di depan mata..Syukur bila saya akan diberi peluang untuk mendidik adik sepenuh masa..apa yang penting,Alhamdullillah saya berjaya menyusu anak secara eksklusif...
bulan ni, genap la umur Noor Amni Safiya 1tahun 1 bulan (110412)... :)


Saturday 31 March 2012

JOM REGISTER SEBAGAI FOLLOWERS :)

salam kepada yang sudi singgah di blog saya...harapnya sudi le kiranya register as followers yer...blog dalam proses menambah idea untuk dikongsi bersama...

Sunday 18 March 2012

Baju Kurung Budak


Lengan getah..sesuai untuk kanak-kanak..nampak lebih kemas dan cantik =)





ukuran baju seperti berikut:-

bahu:8 inci
labuh baju: 16 inci
labuh lengan: 9.5 inci
labuh kain: 15inci
pinggang 15 inci

sesuai untuk anak berumur satu tahun yang berat badan lingkungan 8kg..

HARGA: RM 36 Termasuk Pos

Code: BK001