Tuesday 24 September 2013

KASIH SAYANG

Selamat pagi, ceriakan hari ini dengan senyuman.
Kasih Sayang sesuatu yang penting dalam hidup. Terutama anak-anak kecil sangat perlukan kasih sayang dari ibu bapa. Kasih sayang yang cukup mampu memberi keyakinan diri pada anak-anak. Apa yang lebih penting, jadilah kawan kepada anak-anak kita.

Itu lah yang saya cuba lakukan kepada anak yang sedang membesar, Noor Amni Safiya. Semoga membesar dengan penuh kasih sayang dari abah dan ummi.

Anak adalah amanah dan anugerah dariNya. Anak akan menjadi harta dunia akhirat. Tak boleh dijual beli. bukan senang untuk mendapat anak kan? Sembilan bulan dalam kandungan, dah tu nak membesarkan anak penuh dugaan.

Syukur kerana diberi kekuatan dan rezki untuk menyusukan anak (bf) sehingga umur 2tahun 3 bulan. Bukan semua mampu untuk Bf. Semua perlu pengorbanan, tidur yang tak nyeyak, masa pam kena konsisten. Tapi fikir lah untuk jangka masa panjang. Kasih sayang antara ibu dan anak yang berpanjangan, kesihatan anak yang lebih +ve, anak yang bijak dan banyak lagi kelebihan bf.. Alhamdullillah :)

Untuk anak akan datang saya berharap diberi kekuatan untuk full bf. InsyaALLAH. Moga dimudahkan.

Berbalik kepada topik kasih sayang. Anak yang cukup kasih sayang dari ibubapa akan menjadikan ibubapa sebagai model, tempat mengadu (kawan baik), lebih +ve dalam hidup dan yang penting akan sentiasa ceria :)..

Ajar lah anak dengan perkataan yang lembut dan +ve. Contohnya " Selamat pagi, sayang." ," Ummi sayang adik.", "Sayang dah makan?". Semua yang keluar dari mulut ibubapa adalah pendidikan awal yang amat penting. Kesannya anak akan lembut hati. Seronok bila anak kita lak yang ucapkan pada kita. Hehehe, itulah yang saya alami bila anak dah pandai bercakap. Anak yang akan berikan ucapan sama. "Adik sayang umi abah", bila nak kejut umi bangun lak dia boleh cakap "sayang bangun".. Sweettt je anak umi yang petah bercakap di usia 2 tahun 5 bulan. 

i love you adik :)

No comments:

Post a Comment