Wednesday 4 April 2012

kos melepas..

salam pagi...
hari ni ingin berkongsi tentang kos melepas..dalam kehidupan kita sebagai manusia,setiap masa kita akan membuat keputusan...kita perlu membuat pilihan..
selepas tamat pengajian (bacelor pengurusan perniagaan),saya terpaksa membuat keputusan yang sangat besar...antara kerjaya dan perkongsian hidup..setelah di tambah tolak,saya mengambil keputusan menamatkan zaman single bersama jejaka yang 5tahun saya kenal..
dikala kawan-kawan sibuk mengejar kerjaya mencari kerja,saya bergelar isteri..cukup mencabar..al maklum la terpaksa bergantung sepenuhnya pada insan bergelar suami..kebetulan rezki kami dikurniakan cahaya mata pada tahun pertama perkahwinan kami..lagi la bertambah cabaran hidup saya apabila status isteri bertambah kepada status UMMI..heheheee..
sesungguhnya saya tetap bersyukur..ini kerana tidak semua yang berkesempatan memiliki status isteri dan ibu...
apa kaitan dengan tajuk kos melepas yer??sebenarnya kos melepas yang saya maksudkan ialah saya terpaksa lepaskan peluang melangkah mencari kerjaya setimpal dengan kelulusan saya...sudah lumrah kehidupan kita tidak akan dapat capai impian serentak dalam masa yang singkat..

Cahaya mata kami- Noor Amni Safiya Binti Saufi :)

No comments:

Post a Comment